Friday, May 31, 2013

Ulang

Paling hebat bila kau(manusia) buat salah tanpa KHURAFAT... syurga pasti dapat menyapaMu.
Dan lihatlah... betapa Ya Allah... penuh dengan Ya Rahman tanpa sedikitpun celanya yang senangtiasa memelukmu dengan Ya RahimNya bergelimpangan-erat tanpa batasan... Kita ni kenalah belajar bersyukur...

Tuesday, May 28, 2013

Doa

Adakalanya... aku fikir doa kamu lebih berbaloi jika terus pada DIA tanpa diketahui. Saat tinta ini tertulis... sedarkah kamu yang riak sudah terbit hanya untuk menerangkan 'aku' yang diam.

Ini cara aku.
Aku fikir ini solusi yang terbaik. Biar aku bait-baitkan dahulu buih zuhud dalam qalbu diri... kerana sesungguhnya... aku tidak sanggup menoleh apatah lagi melihat semua keruntuhan.

#Wahai kamu... Semoga berjaya untuk semuaNya.

Friday, May 10, 2013

Titik Langkah

Jauh aku pandang...
Jauh aku berjalan...
rupanya, selama ini titik mula belum bertanda di kaki, sementelaah mata dan kudrat masing-masing sudah terasa kebas minta berhenti.
Ya Rabbi...
sedihnya menjenguh senja dan ya enam kali pejamnya matahari harus aku tempuhi semula dengan lapang hati.

Ya Rabbi...
Ya Wadud...
Jemput aku di penghulu hariMu

Tuesday, May 7, 2013

Suatu Yang Nyata

Suatu yang nyata... Ilmu tidak akan bisa kebal-kekal di dalam qalbu, yang sudi menemani kamu baik di dalam tidurmu juga enggan, andai adabmu pada orang tuamu tidak santun... dan aku belajar sesuatu mengenai santun itu.

Ianya perihal ilmu tersirat yang semakin menjauh. Bidikan dajjal sangat sukar kali ini.... Dek kerana kerana laungan Ya Azim kerapkali diganggu~gugat. Sekekalnya laungan Ya Azim itu sendiri hebat. DIA berdiri sendiri. Tunggal. Kehebatan setiap ISIM(99 Nama Allah) adalah tanda pengenalan untuk hambaNya kenali DIA, buat manusia(Hamba) yang mahu tahu.

Ya Rabbi...
Andai jatuhpun tetap tersungkur...
Andai bangunpun masih jua punya sisa kaku~kabur...
Ya Rabbi...
Aku(hamba) akur diri ini tidak hebat...
Yang menghebatkan aku(hamba) selama ini adalah KAMU.
Dipinjamkan sementara atas kehendakMu...
Maka berhaklah diambil-pulang andai riak-batu tegap~tugu...
Kerana sesungguhnya siapalah aku.
Ibarat sebutir pasir di lantai landaiMu Ya Rabbi...
Ya... bisa diterbangkan 'angin' andai istiqsmah 'tiang' ku tidak pasak berpaku.

Ya, aku bukan siapa-siapa. Hanya salah satu ciptaan sempurnaMu.

Ya Wadud yang ku dambakan perlukan Ya Mutakkbir diri, diperkukuhkan dengan Ya Wajid, perhiasi dengan Ya Syabur... Allahuakbar... Akhiran sahabatnya Syabur itu AKU. Penamat yang indah juga masih bisa goyah andai santunmu dengan orang tuapun kekal padamu.

Renungkanlah...