Sunday, April 1, 2018

Thursday, December 1, 2016

Sunday, January 18, 2015

'Asap'

'...di'jatuh'kan lalu sakit, adalah proses sedar ruang;siapa kamu-siapa AKU... ego wujud selepas khilaf-sedar yang mana ia bisa bertebaran seperti 'asap', me'yapa' dan ter'sapa'...'

Aku¿¡
Jangan lihat skop luas...
Tenung sendiri sudah...

Sunday, February 9, 2014

Semut-Gula

Ini bebelan semut buat gula

'...walau ke manapun pengakhiran destinasi kamu, aku pasti akan temu sama kamu..., seumpama cinta si adam buat si hawa, sekeras manapun, sekebal dan segah manapun titipan yang ada disampingmu, tidak akan sama tugasku mencari kamu... dalam balang, itu kebal sementaramu; andai kamu jatuh dan hancur, aku tetap kutip kamu, tempatkan kamu di kediaman rahsiaku sebagai bekalan buat seluruh jemaahku. Kamu, janji sama aku, andai kamu tidak ku temu hingga bumi kiamat, aku mohon sama DIA, moga dapat jirani kamu, tumpang gembira dalam segenap segi; syukur'

Friday, November 15, 2013

Khilaf

'...aku kira, untuk tiap-tiap satu khilaf yang tertumpah, palitannya mengenai sesuatu yang bernyawa tidak lain tidak bukan sebagai tanda SAYANG DIA terus buat kamu. Nah! ambil putus untuk canangkan atau simpan ceritera aib kamu di tingkat yang mana satu. PALING ATAS... atau sebaliknya...'

Aku¿¡
Sedang mikirin sesuatu yang terlintas dan dilintaskan di hadapanku dengan penuh syukur.

Gebang lebih¿¡
Aku¿¡
Alhamdulillah, semoga yang baik-bagus hinggap qalbu kamu dengan mewangi; Cinta-Nya

Thursday, September 19, 2013

Kekal kawan

'...walau apapun... walau apapun yang berlaku antara kamu... aku masih percaya.. ruang persahabatan antara kita tidak dikuis seperti angin lalu... kerana aku adalah aku yang masih menghormati kamu kerana menghormati aku... sebagai balasan...' ~Nani Zuliana~

#mungkin diam adalah penawar untuk hati yang sedikit calar.

Monday, August 26, 2013