Tuesday, May 7, 2013

Suatu Yang Nyata

Suatu yang nyata... Ilmu tidak akan bisa kebal-kekal di dalam qalbu, yang sudi menemani kamu baik di dalam tidurmu juga enggan, andai adabmu pada orang tuamu tidak santun... dan aku belajar sesuatu mengenai santun itu.

Ianya perihal ilmu tersirat yang semakin menjauh. Bidikan dajjal sangat sukar kali ini.... Dek kerana kerana laungan Ya Azim kerapkali diganggu~gugat. Sekekalnya laungan Ya Azim itu sendiri hebat. DIA berdiri sendiri. Tunggal. Kehebatan setiap ISIM(99 Nama Allah) adalah tanda pengenalan untuk hambaNya kenali DIA, buat manusia(Hamba) yang mahu tahu.

Ya Rabbi...
Andai jatuhpun tetap tersungkur...
Andai bangunpun masih jua punya sisa kaku~kabur...
Ya Rabbi...
Aku(hamba) akur diri ini tidak hebat...
Yang menghebatkan aku(hamba) selama ini adalah KAMU.
Dipinjamkan sementara atas kehendakMu...
Maka berhaklah diambil-pulang andai riak-batu tegap~tugu...
Kerana sesungguhnya siapalah aku.
Ibarat sebutir pasir di lantai landaiMu Ya Rabbi...
Ya... bisa diterbangkan 'angin' andai istiqsmah 'tiang' ku tidak pasak berpaku.

Ya, aku bukan siapa-siapa. Hanya salah satu ciptaan sempurnaMu.

Ya Wadud yang ku dambakan perlukan Ya Mutakkbir diri, diperkukuhkan dengan Ya Wajid, perhiasi dengan Ya Syabur... Allahuakbar... Akhiran sahabatnya Syabur itu AKU. Penamat yang indah juga masih bisa goyah andai santunmu dengan orang tuapun kekal padamu.

Renungkanlah...

No comments:

Post a Comment